MAKLUMAN

Assalamua'laikum warahmatullah. Sahabat yang dikasihi, semoga blog ini berupaya menjadi wadah bagi mengeratkan ukhuwwah sesama kita serta memperkemaskan segala informasi berkaitan dengan ahli G6. Blog ini memerlukan pengendali yang ramai. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pengendali sementara, menerusi emel penafakir@yahoo.com.my.

Thursday, August 13, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Allah berfirman di dalam Al-Quran
‘Sesungguhnya pada kitab-kitab mereka itu ada pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal’ (surah Yusof :111)
‘Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.’ (Surah Al-A’raf : 176)
Ramadhan bukan bulan alasan untuk duduk lesu kerana dahaga. Ramadhan bukan juga bulan alasan, untuk mengurang masa berusaha.
Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan, untuk kita berlama-lama di atas sejadah, untuk kita mengucur peluh dalam jalan perjuangan, dan untuk kita mengasak nafsu agar ibadah, tidak lagi palsu.

Tidak mudah, namun renunglah Ramadhan dalam pandangan pejuang terdahulu. Mereka menghiasi bulan Ramadhan dengan beralaskan keringat dan berlangsirkan darah. Tidak pernah kesal dan lansung tidak pernah gentar. Terus sahaja mara dengan pedang yang gagah menghunus dan membantai perosak & penentang agama Allah.
Kisah mereka, para shuhada’ terdahulu, bukanlah sekadar untuk dikenang ataupun disimpan dalam lipatan sejarah. Ia adalah kisah untuk kita baca dan renungkan ke dalam hati. Semoga tahun ini, Ramadhan kita lebih bererti.

Kisah-kisah yang terjadi di bulan Ramadhan:
Pembukaan Kota Makkah (10 Ramadhan 8 Hijrah) :
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa menitiskan darah ke bumi walau setitik.
Perang BADAR (17 Ramadhan 2 Hijrah):
Perang yang membawa kemenangan spektakuler yang dialami kaum muslimin meski dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kuffar ketika itu. Nabi SAW ketika ini berusia lebih kurang 55 tahun.Banyak ibrah yang dapat diambil dalam perang ini.
Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658 Hijrah):
Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Penaklukan Wilayah Andalus (28 Ramadhan 92 Hijrah):
Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan Allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripda tentera musuh yang jumlahnya berlipat kali ganda.
Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan

Peperangan Zallaqah,Portugal (Ramadhan 459 Hijrah):
Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera kristian pimpinan al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

Persiapan Perang Khandak : dilakukan dengan Salman Al-Farisi dengan menggali parit(khandak) sekeliling Madinah sebagai helah peperangan. Nabi Muhammad SAW serta sahabat menggali parit di bawah panas terik mentari. hasilnya selama enam hari enam malam, siaplah parit sedalam 10 hasta serta panjangnya 15 ribu hasta.

Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol (15 Ramadhan 658 Hijrah) :
Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khan berjaya mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut.

Peperangan Yakhliz (15 Ramadhan 1294 Hijrah) :

Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Russia yang berjumlah 740 ribu. Menjadi kebanggaan umat Islam apabila berjaya mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Russia.

Allah memberikan kita Ramadhan,yang penuh dengan keberkatan, untuk kita penuhinya dengan amalan. Bersama kita mengisi Ramadhan dengan ibadah agar keberkatan Ramadhan menjadi faedah.
Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment