MAKLUMAN

Assalamua'laikum warahmatullah. Sahabat yang dikasihi, semoga blog ini berupaya menjadi wadah bagi mengeratkan ukhuwwah sesama kita serta memperkemaskan segala informasi berkaitan dengan ahli G6. Blog ini memerlukan pengendali yang ramai. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pengendali sementara, menerusi emel penafakir@yahoo.com.my.

Friday, September 4, 2009

SANAH HELWA

Tanggal 3 September ..
Sanah Helwa buat Mohd Hazimin Bin Harun..
Semoga terus berjaya dalam hidup..
Teruskan perjuangan...

Friday, August 21, 2009

ALHAMDULILLAH..

SANAH HELWA BUAT SHBT KT..
AMIRAH BINTI JAAFAR (22 OGOS )
smga hidupmu sntiasa dberkati Allah..

Thursday, August 13, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Allah berfirman di dalam Al-Quran
‘Sesungguhnya pada kitab-kitab mereka itu ada pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal’ (surah Yusof :111)
‘Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.’ (Surah Al-A’raf : 176)
Ramadhan bukan bulan alasan untuk duduk lesu kerana dahaga. Ramadhan bukan juga bulan alasan, untuk mengurang masa berusaha.
Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan, untuk kita berlama-lama di atas sejadah, untuk kita mengucur peluh dalam jalan perjuangan, dan untuk kita mengasak nafsu agar ibadah, tidak lagi palsu.

Tidak mudah, namun renunglah Ramadhan dalam pandangan pejuang terdahulu. Mereka menghiasi bulan Ramadhan dengan beralaskan keringat dan berlangsirkan darah. Tidak pernah kesal dan lansung tidak pernah gentar. Terus sahaja mara dengan pedang yang gagah menghunus dan membantai perosak & penentang agama Allah.
Kisah mereka, para shuhada’ terdahulu, bukanlah sekadar untuk dikenang ataupun disimpan dalam lipatan sejarah. Ia adalah kisah untuk kita baca dan renungkan ke dalam hati. Semoga tahun ini, Ramadhan kita lebih bererti.

Kisah-kisah yang terjadi di bulan Ramadhan:
Pembukaan Kota Makkah (10 Ramadhan 8 Hijrah) :
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa menitiskan darah ke bumi walau setitik.
Perang BADAR (17 Ramadhan 2 Hijrah):
Perang yang membawa kemenangan spektakuler yang dialami kaum muslimin meski dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kuffar ketika itu. Nabi SAW ketika ini berusia lebih kurang 55 tahun.Banyak ibrah yang dapat diambil dalam perang ini.
Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658 Hijrah):
Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Penaklukan Wilayah Andalus (28 Ramadhan 92 Hijrah):
Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan Allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripda tentera musuh yang jumlahnya berlipat kali ganda.
Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan

Peperangan Zallaqah,Portugal (Ramadhan 459 Hijrah):
Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera kristian pimpinan al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

Persiapan Perang Khandak : dilakukan dengan Salman Al-Farisi dengan menggali parit(khandak) sekeliling Madinah sebagai helah peperangan. Nabi Muhammad SAW serta sahabat menggali parit di bawah panas terik mentari. hasilnya selama enam hari enam malam, siaplah parit sedalam 10 hasta serta panjangnya 15 ribu hasta.

Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol (15 Ramadhan 658 Hijrah) :
Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khan berjaya mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut.

Peperangan Yakhliz (15 Ramadhan 1294 Hijrah) :

Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Russia yang berjumlah 740 ribu. Menjadi kebanggaan umat Islam apabila berjaya mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Russia.

Allah memberikan kita Ramadhan,yang penuh dengan keberkatan, untuk kita penuhinya dengan amalan. Bersama kita mengisi Ramadhan dengan ibadah agar keberkatan Ramadhan menjadi faedah.
Wallahua’lam

Tuesday, June 2, 2009

AMAL SOLEH

Firman Allah :(Surah al-Kahfi:107-108)
Maksudnya....
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman & yang beramal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus yang menjadi tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dalamnya ,mereka tidak ingin sekali-kali berpindah darinya".

Firman Allah :(Surah al-Asr:1-3)
Maksudnya....
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh,sentiasa berpesan-pesan ke arah kebenaran & berpesan-pesan ke arah kesabaran".

Firman Allah :(Surah as-Sajadah:12)
Maksudnya....
"Dan alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya,mereka berkata"Ya Tuhan kami,kami telah melihat & mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia,kami akan mengerjakan amalan soleh,sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin"

Sabda Nabi S.A.W:
"Bersegeralah melakukan amalan-amalan yang soleh sebelum sampai masa datangnya fitnah & bala bencana umpama malam yang gelap gelita di mana seseorang itu paginya beriman sedangkan di waktu petangnya dia kufur dengan Allah.Begitu juga petangnya dia beriman tetapi pagi esoknya dia kufur dengan Allah.Yang demikian itu kerana dia menjual agama untuk kepentingan dunia yang sedikit"

Sabda Nabi S.A.W:
"Tiga perkara yang akan mengikuti seseorang mayat itu ke kuburnya.Dua perkara akan pulang meninggalkannya manakala satu lagi tinggal bersamanya.Yang mengikuti seseorang itu ialah kaum kelurganya,harta bendanya dan amalan-amalannya.Maka pulanglah keluarga & hartanya & tinggallah amalannya"
(Riwayat Imam Muslim)

-JAMAL

Friday, January 23, 2009

Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna


"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan
Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.

Thursday, January 22, 2009

Kemenangan Islam di Kuala Terengganu







Allahuakbar !

Friday, January 2, 2009

Himpunan Mengutuk Serangan Zionis di Gaza


Usai solat Jumaat, di Masjid Pengadang Baru. Antara pimpinan yang turun dan menyampaikan bantahan serta ucapan mengecam Israel, Ustaz Abu Bakar Chik, YB Mohd Nor Hamzah dan Ketua kontingen Pas Kelantan bagi PRK P.036

Hancur, Hancur! Hancur Yahudi!! Hidup, Hidup! Hidup Islam!! Bebas Palestin!

Allahuakbar..!

Thursday, January 1, 2009

Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi PRK P.036

Tok guru @ Ayah Chik mengimami solat Isyak berjemaah dan solat hajat



Pengumuman yang dibuat oleh Ayah Chik diterima dengan penuh kesyukuran. Selangkah sudah pun bermula. Perjuangan pendokong parti Islam mula dirasai. Jelas di sini, tiada sebab untuk tidak menolong parti yang memperjuangkan Islam.

Haji Abdul Wahid Endut, calon paling cocok meski tiada dalam senarai popular pada awalnya. Apapun, beliau sememangnya calon tempatan yang menepati kehendak masyarakat di Kuala Terengganu. Sering kelihatan di Kuala Terengganu dan memegang DUN Wakaf Mempelam selama empat penggal berturut-turut.
Sama-sama kita doakan kejayaan parti Islam secara amnya dan kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil nanti.
Allahuakbar!