MAKLUMAN

Assalamua'laikum warahmatullah. Sahabat yang dikasihi, semoga blog ini berupaya menjadi wadah bagi mengeratkan ukhuwwah sesama kita serta memperkemaskan segala informasi berkaitan dengan ahli G6. Blog ini memerlukan pengendali yang ramai. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pengendali sementara, menerusi emel penafakir@yahoo.com.my.

Wednesday, December 31, 2008

Derma Kilat JPM


Pelancaran Derma Kilat Peringkat JPM untuk gerak kerja Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Sumbangan dan derma sangat dialu-alukan daripada mereka yang tidak dapat turut sama turun untuk gerak kerja sewaktu kempen pilihan raya dan hari pengundian nanti.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam Akaun Bank Islam:
13017020619294

[Tarikh akhir sumbangan - 5 Januari 2009]

Rebutlah peluang untuk menambah pahala dan membantu kerja-kerja perjuangan Islam. Sebarkan kepada sahabat-sahabat HISMAT yang lain.

Sebarang masalah, boleh hubungi:
Ustaz Shawal Ali : 013 357 8195


SALAM MAAL HIJRAH 1430.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN KEMENANGAN ISLAM DALAM PILIHAN RAYA NANTI.

Monday, December 29, 2008

Doa untuk Gaza

Sahabat-sahabat sekalian, ketahuilah! Jiwa-jiwa yang terkorban di Palestin tersebut adalah saudara kita. Saudara segama, saudara seakidah dengan kita. Tiada yang lebih hina bagi seorang Muslim jika sekadar berdiam diri apabila menyaksikan bedilan dan serangan rejim terlaknat Zionis merobek, menghenyak dan meratah nyawa rakyat Palestin.

Pesanan buat seluruh aktivis dakwah:

Lakukan solat hajat dengan bacaan qunut nazilah, solat ghaib dan baca al-Quran berjamaah(Surah al-Mulk, at-Taubah atau al-Anfal) khas bagi memohon kemenangan bagi pejuang Hamas, kesabaran pada warga Palestin keseluruhan, dan kehancuran Israel beserta golongan murtaddin dan munafikin yang bersekongkol dengan mereka.

Lakukan bermula malam ini dan berterusan. Berdoa untuk mereka ketika ini adalah fardhu ain bagi seluruh umat Islam. Segera laksanakan dan hebahkan kepada sahabat-sahabat lain.

Thursday, December 25, 2008

Kembali melestarikan ukhuwwah


Blog lama...

Salam mahabbah buat sekalian sahabat.

Laman ini menggantikan laman blog lama yang memang sudah berkusam bersawang berhabuk. Jadi, alang-alang sudah berumah, diminta kepada semua sahabat agar dapat memberikan informasi-informasi terkini berkenaan dengan aktiviti, program, peristiwa, isu semasa dan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia dakwah dan siasah, khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.

Komitmen, saranan dan semangat kalian amat kami tuntut bagi merealisasikan suatu jemaah yang benar-benar mantap dan berterusan dalam perjuangan Islam.

Salam perjuangan.